Monday 24 October 2016

Anemia @ Low HB Ketika Hamil


Assalamualaikum.

Semasa hamil, anda mungkin mengalami masalah anemia atau lebih dikenali dengan "Low HB". Semasa mengandung, badan anda menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi anda. Jika anda tidak mendapat zat besi yang cukup atau nutrien lain, badan anda mungkin tidak dapat menghasilkan sejumlah sel-sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan ini.

Ia adalah perkara biasa untuk mempunyai anemia ringan apabila anda hamil. Tetapi ia boleh menjadi lebih bahaya jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil sehingga boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.



Faktor-faktor risiko untuk Anemia Semasa Hamil

Semua wanita hamil mempunyai risiko untuk mendapat anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi jika anda:





  • Hamil lebih daripada seorang anak.
  • Muntah banyak kerana morning sickness.
  • Tidak  makan makanan yang cukup kaya dengan zat besi
  • Mempunyai anemia sebelum anda hamil










  • Tanda-tanda anda mungkin anemia semasa mengandung ialah:


    1) Pucat pada kulit, bibir, dan kuku.
    2) Rasa letih atau lemah
    3) Pening
    4) Sesak nafas
    5) Denyutan jantung yang cepat
    6) Masalah menumpukan perhatian



    Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang jelas. Jadi, sila pastikan anda membuat ujian darah rutin untuk memeriksa tahap anemia anda pada setiap kali temujanji prenatal anda.




    Anemia yang tidak dirawat boleh menyebabkan risiko beberapa perkara antaranya:


    • Kelahiran Pramatang / Bayi yang dilahirkan kurang berat badan
    • Kemurungan selepas bersalin.
    • Bayi juga mengalami anemia
    • Juga harus melakukan blood transfusion jika anda kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.




    Ibu-ibu yang sedang hamil, jangan ambil ringan masalah low Hb tau. Kena rajin membaca info dan pemakanan yang betul semasa hamil. Juga pastikan anda sentiasa datang pada setiap temujanji prenatal anda.
    Nanti saya kan kongsikan pula makanan-makanan yang bagus untuk menaikkan Hb semasa hamil. 



    Semoga info di atas dapat memberi manfaat kepada semua!

    No comments:

    Post a Comment

     

    Followers

    Like Us On

    Follow Us on